Sabtu, 10 November 2012

Tip Sihat dan Cergas





Apa makna Sihat?
Kata orang kebanyakan, sihat adalah seseorang yang tiada penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi,sakit jantung, pelbagai kanser dll....
Kamus Dewan mendefinisikan sihat sebagai 'tidak kena sebarang penyakit,tidak sakit-sakit,afiat,segar.'
Justeru itu, dengan kata mudah orang yang sihat selalunya cergas dalam menjalankan kerja2 harian termasuk beribadah dan sihat hatinya.Ini adalah sihat dari sudut pandangan agama, memandangkan kita perlu menjadikan DUNIA sebagai AlaT untuk menjadi hamba Allah yang berjaya dunia dan Akhirat,insyaAllah.Ini adalah sabit kepaada hadis Rasulullah SAW dalam hadis pertama "Innama a'malubinniat ..." maksudnya "Sesungguhnya 'amalan-'amalan itu bermula dari niat-niat"  sepertiga dari 'ilmu.Adapun  sebab yang demikian itu adalah sesungguhnya pekerjaan seorang hamba itu terjadi dari 3 galur,iaitu dengan hatinya, lidahnya dan
anggota-anggotanya.(Shahih Al-Bukhari)
senyum adalah magnet wang

Orang selalu kata "kita nak cantik!"
Cuba ubah sedikit "kita nak SIHAT!"  ha...ha
Sebenarnya  "Apabila Orang itu itu Sihat Fizikal dan Mental"  maka Bonus baginya adalah Cantik kerana
terpancarlah ketulusan dan keindahan  hatinya  yang ada taman-taman yang menghijau...ha! kan bagus.

Tip-Tip Sihat dan.......Cantik(bonus)
1.  Wajahnya sentiasa dihiasi dengan SEnyuMan
2.  Baik Hatinya (dalam hati ada taman)
3.  Sentiasa Rendah diri walaupun tinggi kedudukannya
4.  Banyak berSElawat kepada Nabi SAW
5.  Setiap kerja dijadikan ibadah (pasang niat dengan betul bukan minta puji-pujian)
6.  Sentiasa memaafkan orang lain
7.  Sentiasa menambah Sillaturrahim dan tidak memutuskannya.
8.  Makan diwaktu lapar dan berhenti sebelum kenyang.
9.  Makan makanan yang suci lagi halal
10.Banyak minum air kosong(air hidup) bukan air mati
11.Sentiasa berBaik Sangka, jauhkan berburuk sangka...
12.Cakap Serupa Bikin (sendiri buat apa yang dia cakapkan atau nasihat kepada orang lain)
13.Memanfaatkan diri untuk kebajikan orang di sekelilingnya-ikhlas
14.Sentiasa ingin terus belajar ilmu dunia mahupun akhirat
15.Menjaga pertuturan, segera minta maaf sebelum orang beri maaf
16.Banyak amalkan dengan istiqamah Sunnah-sunnah Nabi SAW
17.Pastinya banyak beramal,Solat, Zikrullah, Membaca Al.Quran dan kekal dalam wudhuk
18.Banyak lagi tip-tip yang akan kita temui dalam pengalaman kita sendiri.Wallahu a'lam.